Obsesi Dengan Rekod

Terpanjang. Tertinggi. Terbesar. Dan macam-macam lagi
‘ter’ yang kita sebagai rakyat Malaysia lakukan untuk membuktikan bahawa kita
juga, sesungguhnya ‘boleh’.

Jika warganegara lain pernah menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest, maka
kita juga kini boleh berbangga bahawa kita juga pernah sampai ke sana.

Jika orang lain boleh berlayar mengelilingi dunia, kita juga kini sudah berbuat
demikian.

Dan jika orang lain boleh merenangi lautan English Channel, kini kita mempunyai
dua orang anak Malaysia yang juga telah mencapai kejayaan ini.

Bukan itu sahaja yang boleh kita banggakan. Lihatlah, di tengah-tengah
bandaraya Kuala Lumpur bagaimana tersergam indahnya Menara Berkembar Petronas,
bangunan yang (dahulunya) paling tinggi di dunia. Dan juga di Kuala Lumpur,
kita boleh saksikan tiang bendera yang digembar-gemburkan merupakan tiang
bendera yang paling tinggi di dunia.

Rakyat Malaysia telah berjaya membuat Jalur Gemilang terbesar di dunia. Dan
susunan duit syiling terpanjang. Tidak lupa juga, kek, popia, karipap, roti
canai, teh tarik, pizza dan berbagai-bagi lagi jenis makanan yang dibuat lebih
gah dan lebih gemilang dari yang biasa. Semua demi semangat patriotisma
berkobar-kobar dan berbekalkan mantra ‘Malaysia Boleh’.

Dan yang terbaru, dilaporkan bahawa kita akan mengantar dua orang anak Malaysia
ke angkasa lepas. Pasangan angkasawan pertama dari tanahair. Dengan itu, maka
termaktublah bukti kegemilangan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita, tidak lama
lagi boleh berteriak kepada dunia yang kita telah berjaya manakluki angakasa
lepas, final frontier terakhir manusia sejagat.

Izinkan saya untuk membantah. Mungkin saya dianggap
tidak patriotik namun pada pendapat saya, adalah terlalu awal untuk kita
menghantar manusia ke angkasa.

Mengapa saya berkata demikian? Faktor yang paling
utama adalah kos. Mengikut sumber-sumber berita, kos untuk membuat ekspidisi
itu dijangkakan menelan belanja sebanyak US$25 juta. Ini tidak memeranjatkan,
kerana ‘pelancong angkasa’ (space tourist) wanita yang pertama, Anousheh
Ansari dilaporkan memerlukan US$20 juta untuk pergi ke angkasa.

$25 juta dolar Amerika. RM92 juta ringgit (mengikut
kadar pertukaran wang asing yang terkini). Jumlah wang yang amat banyak.
Lebih-lebih lagi apabila kita lihat keadaan ekonomi tanahair yang tidak begitu
stabil akhir-akhir ini. Tambah lagi dengan kenaikan harga minyak dan harga
barang, RM92 juta ringgit tampak begitu banyak sekali.

Faktor yang kedua adalah infrastruktur dan kemajuan
pemikiran rakyat kita sendiri. Rakyat kita belum lagi terkenal sebagai ‘rocket
scientist
’ yakni ahli sains yang berjurusan space travel.
Universiti kita, setahu saya, belum lagi menawarkan kursus yang sedemikian.
Bukankah lebih baik jika kita bermula dari yang asas, belajar bagaimana hendak
membina kapal angkasa, latih angakasawan kita sendiri dan kemudian barulah
membina kapal angkasa dan menghantar rakyat kita ke angkasa lepas. Ini tidak,
seperti biasa, kita bergantung pada kemahiran orang lain. Jadi, apakah beza
angkasawan kita dengan Anousheh Ansari? All of them are just there for the
ride
.

Jangan salah anggap apa yang saya cuba sampaikan di
sini. Benar, tiada salahnya kita melaburkan wang demi kajian sains. Namun kita
harus melihatnya dari sudut yang praktikal. Kita tidak boleh pejam mata
terhadap realiti. Dan realitinya adalah kita belum lagi mencapai sasaran untuk
menjadi sebuah negara maju. Wawasan kita sebagai sebuah negera belum lagi
termaktub. Duit yang kita belanjakan untuk ekspidisi ini lebih bermanfaat jika
digunakan untuk saluran yang lebih baik. Perbaiki sistem pengangkutan kita.
Kurangkan beban rakyat dari segi ekonomi. Atau gunakan duit itu untuk mengubah
mentaliti rakyat kita supaya tidak lagi dibelenggu dengan cara pemikiran dunia
ketiga (third world mentality).

Mungkin suatu hari nanti, apabila kita telah
benar-benar bersedia, kita boleh menghantar angkasawan ke angkasa. Dan di saat
itu, saya berani berkata bahawa saya akan menjadi anak Malaysia yang paling
berbangga. Sehingga tiba waktu itu, saya berpendapat bahawa ekspidisi angakasa
negara kita adalah jauh terlalu awal.

Saya rasa kita semua pernah tertanya-tanya, apakah
sebabnya kita bersungguh-sungguh ingin ‘memecahkan rekod’ dengan membuat
perkara-perkara yang telah saya sebut diatas. Lebih-lebih lagi jika apabila
kebanyakan daripada ‘kejayaan’ kita tidak memberi apapun manfaat terhadap kita.
Apa gunanya kita membuat popia terbesar? Adakah ianya akan merangsangkan
ekonomi? Adakah ianya memberi kesan positif terhadap masyarakat? Dapatkah ia
mengurangkan harga ayam yang semakin naik? Atau mengurangkan harga tol
jalan-raya?

Jika kita katakan yang kita lakukan semua ini demi
menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia juga sehebat orang lain,
pertanyaan saya adalah adakah seseorang warganegara lain akan menghormati kita
kerana kita pernah menyusun duit syiling paling panjang? Jawapannya tidak.

Apa yang saya lihat adalah kita membuta tuli memberi
sokongan dan modal kepada mana-mana rakyat Malaysia yang ingin ‘memecahkan
rekod’. Kes terbaik, kita lihat pada perenang English Channel Malaysia, Malek
Maidin. Diberi sokongan (moral dan kewangan) dan liputan seluruh negara.
Disambut seperti wira setalah dia berjaya. Setahun kemudian, seorang pelajar
kelahiran Malaysia, Lennard Lee, mengulangi pencapaian itu. Apa yang berbeza
adalah pelajar itu hanya bergantung pada charity dan bukan dari sokongan
kerajaan. Dan lebih penting lagi, Lennard berjaya memecahkan rekod masa Malek
Maidin. Jika demikian, apakah perlunya cubaan Malek Maidin jika Lennard Lee
boleh melakukan yang serupa dengan funding yang lebih sedikit?

Berkaitan dengan perkara yang sama, saya juga ingin
bertanya mengapa Karamjit Singh, pelumba rally antarabangsa, begitu
sukar untuk mendapat funding? Walhal beliau bukan sahaja sebuah pelumba
yang mahir, malah dia telah berjaya memenangi rally Asia pada tahun sebelumnya.
Mengapakah kita tidak memberi sokongan kepada beliau, yang rata-rata menaikkan
nama negara dalam arena sukan antarabangsa?

Mantra ‘Malaysia Boleh’ pada asasnya adalah sebuah
laungan yang membawa kesan positif. Slogan itu diperkenalkan supaya kita tidak
merasa rendah diri terhadap pencapaian orang lain. Jika orang lain boleh
lakukan, kita juga boleh lakukan, itulah erti sebenar ‘Malaysia Boleh’.

Namun, seperti biasa, kita rakyat Malaysia
mengambilnya dari segi face value tanpa mendalami erti sebenar. Semangat
optimis dan patriotik yang datang dari mantra ini telah disalurkan kearah
aktiviti-aktiviti yang trivial , membazir dan tidak membawa manfaat.
‘Malaysia Boleh’ harus diterapkan kepada pelajar-pelajar kita di luar negara,
supaya mereka mempunyai semangat untuk menjadi setanding (atau lebih baik)
dengan pelajar lain. Ia harus diterapkan kepada saintis-saintis kita, untuk
membuat kajian yang dapat memberikan kemajuan. Ia harus diterapkan kepada semua
warganegara Malaysia untuk sama meningkatkan ekonomi negara. Pendek kata, ia
harus diterapkan kepada aktiviti-akitivi yang membawa kebaikan dan manfaat
terhadap kita.

Kemajuan dan kehebatan sesebuah negara tidak pernah
diukur dengan kebolehan rakyatnya memanjat gunung (jika benar, Nepal akan menjadi
negara nombor satu di dunia) atau saiz makananan negara itu. Ianya diukur dari
segi infrastruktur, ekonomi dan yang paling utama; tahap pemikiran rakyatnya.

Edit: I refered to us sending two astronauts to space. This was a mistake on my part. Only one will be sent to space, while the other will serve as a ‘back-up’. Doesn’t change my views though.

4 Responses to “Obsesi Dengan Rekod”

  1. Sudarsan Says:

    yo bro wat u say is 1000% true….
    it happens all the time….
    even here in the great city of parit raja we wanted to make the nations biggest kolam, tanglong,ketupat….
    but in a way it is to publicize the nation….
    but the intelectuals understan on the situation at hand….do the others??????

  2. Syah Says:

    Maybe to publicise the nation, but by making the biggest pond, tanglong, ketupat, popia, karipap etc? Other countries aren’t going to respect us because of that.

    As for us clever people (hehehe) understanding this, well I guess its our job to tell the ‘less clever’ people.

  3. Taufiq Says:

    7th Paragraph ‘Dan yang terbaru, dilaporkan bahawa kita akan mengantar dua orang anak Malaysia ke angkasa lepas’ - Only one out of the two will get the top spot.

    Great points and agree with the principles. Although I also was one of the failed applicants, failed at the third hurdle.

  4. Syah Says:

    Oh really? Must got the info wrong about how many we’re sending to space.

    And Taufiq, astronaut? Really?!

Leave a Reply